sakura'S petal
Friday, 5 February 2016
Sebenarnya dah lama sangat tinggalkan blog sebab sesat. Macam orang sesat jalan. Aku pun sesat jugak sebab cari blog aku tak jumpa-jumpa. Haaa tu lah padahnya banyak sangat akaun. Haha. Entri kali ni adalah tentang cinta. fuhh macam lah aku expert sangat nak bercakap tentang cinta kan, idok lerr. Aku nak share pengalaman ja. Aku ada sorang kawan yg beragama kristian. Hubungan kami mmg dikatakan akrab sangat-sangat lah, walaupun aku muslim. Salah faham. tu biasa tapi pandai-pandai lah kann settle dengan cara yang bijak. Hokayy, kawan aku ni identiti dirahsiakan ye. nama bukan sebenar dia aku letak ana. Ana ni ada selera pelik sikit. Apa yang pelik? Dia punya test. huhu. Dia tak minat langsung dengan suku kaum dia, tapi dia minat hero malaya, cewahh.. nak dijadikan cerita.. dia berkenan dengan sorang mamat ni. Asalnya kelantan, muka boleh tahan, tinggi fuhh.. aku tengok dia pun suka. suka jeee. tak lebih tu.. dia pernah jugak tegur aku, aku tak layan.hak hak. nak bajet2 sikit. (konon hot stuff lah. puih). Cerita habis kat situ je. Tapi tiba2 si Ana ni, boleh pulak add mamat tu kat wechat. Mula2 aku perasan, aku ingat dia memang sengaja nak approve si ana tu semata-mata nak ngurat aku. Rupanya mamat ni ada girl lah. haha. (wekk). aku tahu latar belakang dia daripada si ana tu. lepas dapat tahu dia ada girl, aku biar lah, malas nak fikir apa2. aku memang takde perasaan pun. hihihi. TAPI, yang ada perasaan ni, si ana. Tapi aku biarkan aje, bagi aku itu lumrah kan manusia nak suka pada sesiapa pun. hari demi hari, bulan demi bulan, tahun demi tahun, si Ana ni dah mula berperasaan teruk dengan mamat ni. Aku pun sampai dah habis air liur nasihatkan dia. Kadang2 dia menangis sebab cemburu bila lelaki tu ada cerita tentang awek dia, tak layan dia, tak hargai dia. Kadang2 dia happy macam puteri sebab lelaki tu layan dia. Kawan aku memang kemaruk cinta. Tapi masalahnya lelaki tu tak ada. perasaan sikit pun pada dia,benda2 macqm ni lah yang mmbuatkan aku tkut nak knal lelaki. Satu je yang aku yakin. Jodoh memang dah ditetapkan dengan orang yang tepat untuk kita. Allah adalah sebaik2 perancang. Kawan aku sekarang tengah sakit, walaupun dia bukan muslim, aku selalu nerharap dia dalam keadaan yang baik dan bahagia. Tuhan temukan kita dengan seseorang tu bersebab. Walaupun hubungan kita tak berjaya, kita dapat mempelajari sesuatu. Jodoh itu rahsia Allah. Jangan putus asa kerana dugaan lah yang mencantikkan dan menjadi warna2 khidupan.
Tuesday, 18 March 2014
Who am I..by who is my friends..
Ini kali pertama aku mengepos di blog.
haih..
saja jew nak try..
bila lagi kann..
okay..
my first entry,,,
tentang siapa diri kita adalah berdasarkan kawan kita
percaya tak?
kawan adalah cermin kepada diri kita
kawan yang saya maksudkan tu adalah kawan baik kita..
mesti korang ada kawan baik kann..
kita akan share segalanya dengan sahabat kita.
makan sama
baju sama..haha..ada kerr
lagi-lagi girlz...
mesti ada cincin persahabatan
so on and so forth laa kan...
kalau korang perasan
korang lebih suka berkawan dengan orang yang sama
kepala ngan korang
mestilah kan.
sebab kita lebih ngam..
haa..
tu lah maksudnya...
kalau korang ny kaki lepak..
kawan korang pun mesti kaki lepak..
kalau korang suka belajar
kawan korang pun mesti kuat belajar
sebenarnya..
persahabatan ini sangat indah
dengan sahabat dia akan memperbetulkan diri kita
salah kita
mengingatkan kita tentang sesuatu yang mungkin kita alpa
so, nak kata kat sini...
hargailah org yang sentiasa ada bersama anda
sebab kita pasti akan perlukan orang lain
tak ada nya orang boleh hidup sorang2
betul tak..
ambil peluang untuk bersahabat dengan ramai orang
kerana,manusia ini unik
mempunyai pelbagai perangai
mungkin ada yang annoying kann
biaa laa..
kalau semua perangai sama dengan kita
tak ada warna laa kann
hidup ny..
so sad..
erm oke laa..
sampai sini dulu..
sebarang komen dan pandangan anda sya terima..
heee..
kalau ada pembaca laa kan
maklumla..
first time kann post kat blog..
pastu cerita boring lak tu
apa pun
selagi ada masa..
aku akan sentiasa update
Subscribe to:
Posts (Atom)
